( Ini adalah blog aku.....apa nak aku tulis....aku tulis sahaja.... bagi yang ingin membaca ...sila teruskan....bagi yang tidak suka.... boleh blahhhh.. )

Friday 30 April 2010

Bila Buku bertemu Ruas.....

Tahniah atas kebijaksanaan Sdr Azam Dato Mohd memberikan satu pengajaran pada mereka yang selalu mengaibkan seseorang didalam forum... Sebenarnya bila saya dikirimkan oleh seorang sahabat link ke forum tersebut dan membacanya ..baru lah saya sedar bahawa sepatutnya mereka-mereka itu diberikan satu pengajaran baru mereka senyap...selalu sangat mengapi-apikan dan menjatuhkan maruah seseorang...

Kepada Saudara Azam ...saya harap bersabarlah dan teruskanlah tindakan anda pada mereka yang selama ini seakan-akan berkuasa di forum tu...

Inilah kepanasan yang mereka akan hadapi...dan ingin dinyatakan bahawa post ini adalah sebagai pemerhati dan menyedarkan bahawa sebagai blogger dan forumer...kita patut menjaga tatasusila...lihat forum di FXOPEN..bukan saya malah rammai memuji kerana ketegasan ADMIN dalam menjaga keharmonian berforum...itulah nama forum dan forumer yang berwawasan...amin

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=6320901

oklah...pasal forex minggu nie...


ialah...sesekali geram aku kat blah sana pun ada...tapi aku kena sabar....tak apalah ...betul kata orang lama ...lagi kita banyak beri sedekah...lagi banyak rezeki melimpah...inilah mlm tadi...cukupkan..untuk hujung minggu libur.... rm 749.00

Thursday 29 April 2010

oklah..aku post lagi hari ini ....pasal forex


Walaupun ada kepenatan sedikit...ini sahaja yang dapat aku collect...cukuplah ala...kat RM 325.00

Wednesday 28 April 2010

Pesanan dari Jakim...pasal kulit babi ...kita perlu perhatikan dahulu usah panik...

Berikut adalah pesanan dari JAKIM pasal kulit Babi dalam industri kasut dan sebagainya...perhatikan dahulu samada betul atau benar...mari kita bincangkan ...


Tarikh Aduan : 09/02/2006 - 08:23:08
Jawapan : Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan.nn


Anda boleh layari disini..
http://www.halaljakim.gov.my/aduan_siar_c.php?id=2440&a=U

ceritalah sikit pasal forex pulak.....

aku memang tak pandai sangat dalam hal-hal forex...malah aku pun juga masih belajar..bak kata nabi menuntutlah ilmu sampai ke negeri China....nape yek sampai kenegeri China???..yang aku tahu adalah... sebenarnya Islam di China lebih banyak maklumlah ..negara dia kan luas...dari timur ke barat.....aku pernah pergi sampai ke Monggolia sahaja... itu pun dah amat sejuk....hmmmm entahlah...

Oh...ya....setakat ini aku telah berjaya melabuhkan banyak RM dari forex ini... sebenarnya skill nya terletak dalam diri sendiri..kita perlu kreatif dan kreatif... ketahanan fizikal dan mental diperlukan....terutama yang lepas-lepas...

Tentu ramai berasa hairan mengapa aku kata begitu.....jawapannya adalah ..kita perlu mahir dalam selok belok bermain dengan tarian forex.... ada masa kita perlu menggunakan cara "capai dan curi" ( istilah akulah)...dan kembali ke titik asal dan sentiasa mengutip pip-pip.... ala...macam inilah....katakan..kita memanjat pokok...rambutan....kemudian kita terjatuh...apa yang perlu kita buat?..dalam masa kita jatuh tu....capailah apa yang ada...jadi dapatlah sekurang-kurangnya kita selamat dan perlahankan kejatuhan kita....


Maksud akulah....semasa...kita berusaha untuk mendapat pip besar...jika kita ada peluang untuk capai dan curi...kita lakukanlah... bukan curi hak orang....tapi curi pip yang bersepah tu.....itu maksud aku...

Namun ada yang masih kecewa dan belum biasa lagi....aku pun sedang menulis semula nota-nota aku sepanjang aku berforex hampir 10 tahun...aku bukannya TONG KOSONG seperti si ANU tu....( cakap je lebih nak buat buku...habuk pun taraaa....he.he..suka hati akulah aku nak tulis apa.....)aku akan berikan pada member yang rapat sahaja ( aku beri free je ..pengalaman aku nie )...... yang selalu berhubung dengan aku dan email aku.... tapi aku memerlukan masa...aku akan maklumkan sebenarnya...nanti...

Tuesday 27 April 2010

Rawatan air putih dalam mengatasi penyakit.....

Sejak beberapa hari ini ramai yang serak, demam, selsema dan pelbagai lagi... mungkin puncanya dari habuk, cuaca yang tak menentu.....minuman kita ...atau serangan virus.....apa yang kita ambil selepas terkena penyakit adalah berjumpa dengan doktor dan meminta ubat-ubatan....

Namun sedarkah kita bahawa 70% dari tubuh badan kita adalah air. Air bukan sahaja sebagai pembawa ( carrier ) malah ianya digunakan untuk melembabkan badan kita.... lihatlah keseluruhan badan kita..semuanya diliputi air.... dari sekecil-kecil tisu hinggalah ke organ... cuba anda bayangkan kalau tiada air....bagai daging salai kering kontang....

Oleh kerana air penuh di badan kita...maka kita sebenarnya selesa dirawat dengan air.... air zam-zam adalah air yang terbaik sekali dan mempunyai struktur yang amat cantik.....

tapi kini yang ingin saya ceritakan adalah rawatan membaikpulih badan kita tanpa mengambil ubat dadah... namun dinasihatkan berjumpalah dengn doktor...

Ini amalan meminum air telah terkenal di Jepun dan korea... apa yang mereka buat adalah;

a. Meminum 4 gelas air selepas bangkit dari tidur... jangan gosok gigi dulu.....air yang dimaksudkan adalah air masak , air putih dan bukan air sejuk.... mengapa sebelum gosok gigi... difahamkan bahawa dalam masa kita tidur... mulut kita akan mengeluarkan enzim-enzim dan banyak enzim ini kekal di dalam mulut. Ianya menjaga mulut kita dari diserang oleh bakteria atau kuman. Meminum air akan membawa enzim ini terus ke sistem penghadaman.

b.Selepas itu kita gosok gigi atau berkumur dan ...jangan ambil makanan dalam masa 45 minit....

c. Selepas itu bersarapanlah......

d. dalam masa 15 minit- 2jam selepas makan sarapan, makan tengahari atau makan malam...kita dinasihatkan tidak mengambil apa-apa makanan......

Amalkan selalu...mengikut kajiian ....ianya dapat ;
a.penyakit kencing manis dan darah tinggi dikurangkan dan dikawal selepas 30 hari.
b.gastrik dan sembelit dalam masa 10 hari.
c.TB / batuk kering dalam masa 90 hari.
d.kanser dalam masa 180 hari...

Kesan dan sampingan.....ianya amat mudah..tiada kesan dan sampingan yang ada kecuali anda kerap ke bilik air. Sebenarnya bagus..sebab macam kita cuci usus kitalah...cucui semua organ yang selama ini kita makan entah apa-apa...

** nota ini diambil dari satu laman web bagi memudahkan pembaca mendapat manfaat....

Monday 26 April 2010

Kasut kulit babi ...dompet...casing hp....dan apa lagi...



Terpanggil aku dengan cerita berikut.
Kes 1.
Pada tahun 2008 aku ditugaskan di Beijing, China....selepas penat lelah bekerja dan melawat beberapa kawasan industri disana..maka sebelum balik kita orang pun shooping...shooping punya shooping.... aku berminat dengan satu kasut tu...agak mahal sedikit dan ada rupalah... maka aku pun test2lah...oklah juga ...lembut dan sebagainya... sampai masa ...aku suruh dia bungkus dan bawa balik Malaysia.... sampai sahaja di rumah...maklumlah..terus cuti....aku pun belek2 kasut tu..kononnya nak di kiwi...aku belek2 lagi..tiba-tiba aku bagaikan tak percaya .....semua kasut tu ok...tetapi di bahagian bawah lidah kasut tu ( ala..bawah tempat ikat tali kasut..)...... hi...lain macam je....aku perhatikan satu-satu..alamak ..ini kulit Babi ini....lepas tu ...aku bungkus balik ..dan samak semua tangan- tangan dan lain-lain anggota aku...he..he.. mandi lumpurlah pulak....habis gitulah gamaknya... kasut tu akhirnya aku berikan kat jiran aku bangsa Cina....aku terangkan kenapa aku beri dia ..dia rasa betul ke....????...entahlah.....aku rasa aku yang betul...

Kes 2
Baru-baru ini aku ke Jakarta...bersama teman sekerja...kami di berikan lawatan inseantif sebab syarikat dapat untung besar last year... dijadikan cerita..kami tinggal di hotel bersebelahan dengan Mall....jalankaki tak sampai 5 minit dah samapai Mall... aku pun berminat nak cari kasut juga....tulah..ada yang murah..mahal dan mahal...maka aku ambil di satu sudut yang sederhana sahaja harganya... lepas ukur2...ok..aku bayarlah....kali ini bile aku sampai dihotel...alamak...bawah lidah lagi..ada 3 bintik..... he..he...kulit babi....apa lagi....aku bungkus ...seperti biasa.... pergi bawah... kat taman hotel tu..ambiklah tanah ...bawak bilik...mandi samak lah.....ha..ha....last2 kasut tu aku berikan kat teman aku bangsa cina...aku terangkan kat dia..cuma x muat pulak..dan diberikan pula kat kawan dia...


Itulah kisah aku...namun anda juga ada kisah pasal kulit Babi....setahu aku..dia ada 3 bintik bebtuk tiga segi.....cubalah..lihat ..dan kaji-kaji..beg duit kita ( dompet) ...atau casing hp....apa cerita...adalkah kita mampu bawak pergi masjid..semabhyang jumaat..atau sebagainya... renungkanlah....

JADI..CUBA ANDA TENGOK KASUT ANDA PELAN-PELAN....DAN PERHATIKAN DI LIDAH KASUT DAN DI BAHAGIAN DALAMAN KASUT....PERHATIKAN....KALAU ADA ....HARAP ANDA BERWASPADALAH....

jenis syaitan..... perhatikanlah.... renungkanlah....




Jenis-jenis syaitan yg ada disekeliling kita
" Umar Al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun - duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yg tidak perlu.

2. Wathiin - pergi kepada org yg mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap ALLAH.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri org yg berada di tempat2 maksiat.

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan org yg sukakan muzik sehingga lupa kpd ALLAH. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud - duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dr kata2 mulut.

7. Daasim ( Berilah salam sebelum masuk ke dalam rumah walaupun tiada org di dalamnya ) - duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga, suami isteri cerai berai, suami bertindak ganas memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai lg.

8. Walahaan - menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat org Majusi yg menyembah api/matahari.

Dan yg akhir-akhir ni yg paling teruk!

10. Isetan - sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.

Kebaikan - memberi potongan harga pada karnival jualan.
Keburukan - melalaikan manusia dengan bershopping sehingga lupa
waktu sembahyang dan lupa yg lakinya tgh tggu kat
kereta.

11. Hindusetan - Ni mereka2 yg menonton crita hindustan sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv... kepala kluar tanduk, tak sedar..... jadilah hindusetan.

12. Santan - Yg ini aje nmpknya berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Tp banyak guna santan, naikla kolesterol pastu dpt penyakit kronik spt darah tinggi dan sakit jantung. Hmm...

** petikan diatas adalah dari satu laman web.......


Secara umunya ...usahlah kita bersangka burok kepada semua insan... tu sebab saya malas nak layan ruang sebelah sana...sebab apa takut kita diduki oleh syaitan Masuud.... lebih baik kita buat hal kita...aku nak tulis pasal syaitan ke pasal apa ke...semuanya adalah ilmu Allah..... sama-sama kita dapat.... Ilmu yang nie free je.... yang kau kena bayar adalah bil internet dan bil elektrik je...sebab layan blog aku.... Namun aku berasa bahagia..baru je blog ini di buka seminggu lalu..sebelum pilihan raya...dah nak cecah 1000 pengunjung.... bukan apa...ada yang kata isinya berfaedah...jannjjjjjiiiii happy....

Sunday 25 April 2010

akhirnya siapa rajin dia yang menang....




Begitulah kisah pilihan raya tahun ini di P094...Hulu Selangor....aku tadi melihat-lihat..agak panas juga kawasan nak masuk tempat undi.... tapi tak apalah....akhirnya siapa yang rajin dan berusaha akan terus menang dan membawa kejayaan.....aku tak kisah calun mana..janji aku kira-kira....banyak sungguh duit yang di laburkan dan dileburkan di Hulu Selangor......

Semuanya akan membawa berkat atas usaha dan kerajinan seseorang....mereka sepasukkan berusaha dari mhujung sana sampai hujung sini...akhirnya mereka berjaya...kepada yang berjaya..sekalung tahniah diucapkan..dan nampaknya kini Hulu Selangor semakin maju...kepada yang tak berjaya..berusahalah menawan hati pengundi dimasa depan...mungkin dengan cara yang lebih baik dan idea yang lebih bernas...

Namun sebagai pengundi di Hulu Selamngor..mereka dah seminggu kekenyangan dengan makanan free....wifi free....kain parti free....( agak2 esok lusa ada orang ambik kain parti buat langsir ke??????)....ha..ha gurau je....

semalam aku ke Kuala Kubu Bahru...dengan majlis Makan Nasi Lemak + Teh tarik.... semuanya percuma.... ada banyak lagi makanan tradisional...laksa sarawak...mee goreng..roti canai..cendol...air selasih...pau...dan macam2lah...tak terkira lah kuih dari pelbagai negeri...makan je...semua percuma....

dah jalan-jalan tu....pergiilah pulak ke bahagian perpustakaan negara..depa buat pameran di sana...tgk dan kemali sejarah......bagus juga tu.....

memang syok kat akademi bomba di kuala kubu bahru.....cuma yang tak syoknya...parking dan jalannya.... susah betul.... dah di buat sehala..sesiapa yang masuk..dan tak tau keluar pun banyak....sebab ..jalan kampung...sesiapa ada GPS..sonang baito......

kini ...esok ...lusa.... dan seterusnya....akan berkuranglah orang ke Hulu Selangor...sebab agenda politik dah habis...cuma tinggal agenda menunaikan janji.... aku percaya..akan berlaku perubahan mendadak selepas ini di Hulu selangor....dan agenda politik kini berubah ke malaysia timur pula..... akan berlaku perubahan disana ......

Friday 23 April 2010

Banyak lagi ucapan kejayaan bagi mereka yang berusaha...



DiRestui....itulah ucapan saya kepada mereka yang berjaya dan yang belum berjaya usahakanlah...dengarkanlah kata-kata semangat dari mereka .....mereka berjaya kerana berusaha dan selalu mendapat bimbingan dan niat yang murni dari mereka.....saya doakan kepada yang berjaya agar terus berjaya...dan yang belum berjaya...masih ada lagi peluang di depan kita..usahalah....Kita sebenarnya banyak peluang untuk berjaya dan meraih kejayaan..dengan usaha, bersepakat dan kejujuran....

* Sahabat....Izinkan saya ambil sedutan email anda dan paparkan disini untuk menaikkan semangat mereka yang lain .... semoga ALLAH bersama kita dan terus berusaha....aminnn

Ingin menonton movie di TV anda?

Sekiranya anda boring dengna movie yang ada di TV anda .... maka anda boleh menonton movie yang didownload dari internet dan menonton di TV anda.....

begini caranya;

Anda memerlukan alat diatas ... iaitu media player. Harganya macam2 ada yang bermula dari RM 100 hinggalah RM700. Ianya berfungsi untuk memindahkan data movie yang anda download ke TV...

A. Mula-mula anda kena pergi ke http://www.syok.org/portal/news.php?rowstart=5
B. Download movie yang anda suka..... saya gemar guna LINK API ( Mediafire)...
C. Downloadkan kat external Hard disc.... belilah khas untuk movie....
D. Selepas itu anda akan dapat 2 atau 3 file....anda perlu download software "hjsplit"...
E. JOINT kan fail guna hjsplit......
F. Anda akan diberikan file baru .... RMBV.....
G. Apalagi....sambungkan Hard Disk anda tadi ke Mediaplayer ( kat sana ada usb port...)
H. On kan TV dan ON kan media player....cari fail RMBV tadi....dan tontonlah sepuas hati anda.......

Maklumlah....dan berjuta dah movie yang ada kat internet.... cuma masa download sahaja yang mungkin lambat....jadilah " DONATOR" dan anda akan ada keistimewaan....

Aku cuma maklumkan ini pada yang belum tau...yang mana dah tau..tu aku tak kisah sangatlah.....malah cerita baru pun banyak.....

Thursday 22 April 2010

Cartoooonnnnn minggu ini......

Kau lihatlah ...apa kata mereka.....


nampaknya betullah kata pengajar2 aku,....mereka yang hendak berjaya kena usaha sendiri dan teruskan perjuangan...usah disuap ke dalam mulut....malah aku pernah di maklumkan bahawa...tiada jalan keluar dari comfort zone selain kita terus berusaha .....carilah dan muhasabah diri sendiri..... yang mereka ajar hanya panduan..yang lain kita usaha diri sendiri....

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang
Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu....

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu........
Mendahului KemurkaanNya...

aaaaa.... cerita sikit pasal forex





aku bukan tong-tong kosong seperti mereka yang berdentum bila diketuk..tetapi hasilnya tiada....aku dilahirkan dengan kreativiti...hasil kajian dan selok belok cara aku...malah bagi aku campaklah aku kemana....aku boleh meneruskan kajian aku...survival...itu cara aku....bagi aku...ular menyusur akar takkan hilang bisanya.......... begitu juga...baik diam berisi dari diam berubi busuk..ha..ha..ha... faham ke?...aku pun tak faham....apa cara yang aku guna dalam hal ini....bagaimana aku kata foerex tu mudah aje......senang je...seorang rakan aku menelefon aku....sejak menerima nasihat aku...dah 3 minggu dah dia asyik untong...x pernah loss....sehingga takut pulak asyik untong....he..he..he.... sampai aku kata...kau takut untong ke takut rugi...kalau tin-tin kosong sebelah tu..memnag dia asyik rugi....sebab tak ada keyakinan diri....ha..ha..ha.. kami semua bergelak.....janji POPIT..cukup minggu boleh jalan2 sama keluarga...tengok pilihan raya.... oh ya...AHAD ini kena undilah..parti mana aku nak undi....aku tak hendak pilih tong kosong..aku pilih yang berisi..ha..ha...

LCD, PLASMA atau LED TV






Kini ramai yang berubah dari tv biasa menuju ke HDTV seperti LCD atau Plasma. Namun kini Samsung dan Sharps telah berubah ke LED TV pula....apa beza keduanya????
Entahlah...namun adalah sedikit maklumat yang mana LED TV tu 1080p dan yang LCD dan Plasma tu 1080i. Dikatakan jika 'p' progesif itu amat jauh lebih baik dari 'i' interlace. Akhirnya aku juga membeli LED TV jenis sharps aquos siap dengan Bluray sekali..... ehmmmm....nampak cantik sahaja gambarnya......lepas tu guna astro beyond dan media player dan disambungkan ke home theater..... berdentum ..kalau tengok movie...macam kat panggong wayang......memang sejak dari dulu minat aku kat gadget dan barangan elektronic nie....

Tapi begitulah....ada perbezaan antara astro dengan HD....astro dalam bentuk analog dan 480 sahaja sedangkan beyond pula 1080i....LED 1080p.... susah nak capai beyond nie kat LED....dari analog nak ke digital??????? itu sebab gambar di LCD TV biler tengok astro biasa macam kabur sahaja.... nape yek???? jawapannya pixel tu.....

Kalau diinternet ...banyak yang menjual converter atau upscale dari analog ke digital..dari 480, 570 ke 1080i , 1080p........tapi susah nak kata..sebab pengilang di China pun tak berani jamin boleh upscale sehingga begitu tinggi.... sememangnya kita menunggu selepas sukan di Afrika nanti astro akan banyak ke HD .....

* TV projector aku jenis samsung ..aku beri kat sebuah sekolah di Hulu Yam...untuk budak2 asrama tu nonton TV...

suasana pilihanraya Hulu Selangor




Ha..ha.... beginilah keadaannya suasana d Hulu Selangor...penuh dengan janji-janji yang akan kena tunaikan biler ada parti yang menang.....
Pernah ke terfikir ..berjuta-juta ringgit kini dialirkan di Hulu Selangor....makin bertuah orang Hulu Selangor.... semoga yang berjanji akan terus menaburkan baktinya....

* teringat aku ada seorang penulis tu kata nak buat buku lebih baik dari yang aku buat...namun bukan habuk buku...tapi habuk dakwat pun x ada....ha..ha..ha.. manusia..manusia.....

Wednesday 21 April 2010

Aku dengan cara aku.... semangat Mahaguru menyelusup ke jiwaku...

Setelah berdiam diri...muhasabbah diri...maka kini aku berdiri dengan cara aku sendiri. Bagi aku apa aku nak buat ...itu hak aku....seperti kata sahabat aku yang lain... biaq pi depa nak kata apa..... namun bagi aku ... ini blog aku...suka hatilah aku nak tulis apa asalkan aku tak melanggar undang-undang negara.. kat sini aku nak tulis pasal pengalaman ke....pasal forex ke....pasal apa-apalah....suka hati akulah....

Bak kata orang tua... alang-alang menyeluk pekasam...biar sampai kepangkal lengan...alang-alang menjadi Jebat ..biar semua ku tentang....itulah semangat aku...aku masih teringat kata-kata Mahaguru Omar Din ( guru silat aku) .... kau anak jawa...teruskan dengan sikap kamu...kejantanan seorang anak jawa mesti berani menempuh halangan..... jangan sesekali mereka-mereka membuli kamu....dari itulah maka aku kini bangkit semula dengan cara aku sendiri....ialah Mahaguru Omar Din pun baru sahaja sembuh....

Beberapa bulan aku menyepi dalam dunia forex...dalam dunia blogger...maka kini aku mula dengan langkah baru.... blogger ...seorang blogger.... dan akan menjadi satu suara 1 Malaysia.....

Kepada teman dan rakan.....teruskan usaha anda....kemana anda pergi..anda akan terus dihargai selagi semangat baru diikuti.....

Esok...lusa....tempat aku masih dibelenggu dengan suasana pilihan raya....Hulu Selangor..... he..he..he.. penuh dengan bendera-bendera parti.... ada suka dan ada x suka juga...ha..ha... lagak manusia nie..sememangnya pelbagai ragam....ada yang menagis..ada yang mengutuk....ada yang buat duit...ada yang melopong...semua ada...

akan ku paparkan sedikit demi sedikit pasal suasana pilihan raya di Hulu selangor kelak..........