( Ini adalah blog aku.....apa nak aku tulis....aku tulis sahaja.... bagi yang ingin membaca ...sila teruskan....bagi yang tidak suka.... boleh blahhhh.. )

Wednesday, 28 April 2010

Pesanan dari Jakim...pasal kulit babi ...kita perlu perhatikan dahulu usah panik...

Berikut adalah pesanan dari JAKIM pasal kulit Babi dalam industri kasut dan sebagainya...perhatikan dahulu samada betul atau benar...mari kita bincangkan ...


Tarikh Aduan : 09/02/2006 - 08:23:08
Jawapan : Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan.nn


Anda boleh layari disini..
http://www.halaljakim.gov.my/aduan_siar_c.php?id=2440&a=U

No comments:

Post a Comment