( Ini adalah blog aku.....apa nak aku tulis....aku tulis sahaja.... bagi yang ingin membaca ...sila teruskan....bagi yang tidak suka.... boleh blahhhh.. )

Tuesday, 7 September 2010

he..he... mengajar dan belajar

Tajuk ini pun bagus....ramai bertanya aku pasal nak belajar...he..he..aku dah tak menhajar...namun aku berikan lah satu cerita sebagai buat pandangan...

Pada satu hari disuatu masa....adalah seorang guru math mengajar di sebuah kampung. Dia memang mengajar mengikut sukatan pelajarannya...ialah dahulu mana ada sukatan yang tetap...maka Guru ini pun mengajar cara mengira yang betul...dibuatnya macam-macam cara untuk mengajar untuk anakmuridnya di sebuah sekolah. Diajarnya satu satu cara kira..diajar bagaimana nak mengira..disuruh menghafal sifir.... ramai anak murid mengikut guru ini..mereka belajar bersungguh-sungguh....maka berbulan-bulanlah..dan berminggu-minggu latihan diberikan...Guru ini memberikan banyak latihan..satu demi satu tanpa henti...

setelah sekian lama..maka sampailah hujung tahun...dan Guru ini pun ingin mengadakan peperiksaan .... ramai anak murid dah bersedia...maka bermulalah hari peperiksaan...maka termaktublah ada seorang anak murid yang degil....yang malas membuat latihan....minta menghafal sifir..dia tak mahu...minta membuat latihan dia rasa mengapa perlu buat latihan....maka bila peperiksaan dijalankan dia gagal...keputusan diumumkan..murid tersebut gagal..gagal dalam peperiksaan.... maka guru tersebut pun memanggil anak murid tersebut...ditanya kenapa dia gagal dan adakah membuat latihan yang mencukupi...maka dengan selamba sahaja murid tersebut pun menyatakan.. buat apa dan berapa banyak perlu membuat latihan....guru tersebut tersenyum...sampai bile?...jawab gfuru tersebut ..sampai kau lulus pelajaran inilah...selagi kau tak lulus..tak bolehlah berhenti membuat latihan...

Murid tersebut apabila mendengar guru itu berkata sampai lulus...maka melenting...dengan muka yang selamba dia menengking dan melontarkan kata-kata kepada gurunya....guru tak baguslah...guru tak bimbinglah....guru tak gunalah... dari seorang lembut dia memaki-hamun guru tersebut sebab tak lulus periksa.....tapi ramai anak murid yang berjaya dan bahagia dengan mendapat pengalaman baru kerana mereka berusaha dimana setiap kegagalan adalah langkah awal kejayaan... mereka tau bagaimana nak menggunakan formulasi-formulasi dengan cara yang betul dengan soalan yang diberikan..kalau perlu ditambah..mereka akan mencampurkan dan begitu juga biler soalan itu kata perlu ditolak..maka mereka tau bagaimana nak menolak....

Maka berdoalah guru tersebut semoga disedarkan akal fikiran anak muridnya....Sejak hari itu anak murid tersebut terus melontarkan kata-kata menghina pada gurunya... bukan guru tu tak bimbing..dia dah bimbinglah sebab tu guru tu suruh buat latihan dan mengkaji dan kaji...

Cerita diatas adalah satu pedoman yang kita sebenarnya sukar mempercayai seseorang walaupun kawan anda. sebab malas buat latihan maka disalahkan orang lain....dah lah gitu anak murid tersebut tidak sedar yang dia masih mentah lagi dalam dunia matapeljaran ini.....

Cerita ini adalah pengajaran dan pedoman bagi insan yang masih kecewa dan perlu kan satu anjakan paradigma...

CERITA DIATAS TIADA KENA MENGENA SAMADA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MATI DAN SEKIRANYA ADA IANYA ADALAH SECARA KEBETULAN

No comments:

Post a Comment