( Ini adalah blog aku.....apa nak aku tulis....aku tulis sahaja.... bagi yang ingin membaca ...sila teruskan....bagi yang tidak suka.... boleh blahhhh.. )

Tuesday, 6 July 2010

Koleksi Forex aku....

setelah sekian lama aku berenang dalam arena forex...maka aku dapat menyusun semua koleksi aku antaranya :
a. Merdekrama revolution
b. Sistem 12345
c. F5X ea
d. Pengiraan James Bond 007 (MM)

Ketiga-tiga koleksi baru ini aku simpan sahaja dalam lipatan sejarah forex aku.... kalau yang F5X tu...sedang diuji.....


* Pencapaian sehingga hari ini F5X..... mula dari 25/5/2010 dengan modal....lihat sebelah tuuuuu...USD2500

Monday, 5 July 2010

Menceburi bidang fotografi

Telah lama aku di bidang forex .... semuanya dah aku rasakan...dan kini aku mula ingin menceburi bidang baru aku iaiitu FOTOGRAFI..... ala..aku pun bukan padai sangat pasalgambar mengambar nie.... namun aku nak juga cuba.....



kini aku mengumpulkan duit dan menyambar D3000 DSLR camera...... memang pada awalnya nak rembar D5000 namun biler difikir2kan...baik aku mula daribawah dulu...

dengan sebuah dslr ....siap dengan lens serta aksessorinya..maka aku pun mulalah nak belajar dari bawah... setakat ini habis semua aku "shoot"..... dan buat bokey.... entahlah..sedikit demi sedikit aku belajar dari setiapfunction...malah cara memeggang camera ini pun berbeza....aku bukannya pro dan pandai sangat....sekadar ambil gambar sedikit2 bolehlah....

dulu kalau sebut kamera je...semua kata kamera compact lebih bagus...namun kini aku tak minat compact..aku perlukan yang mencabar.... kalau buat gambar2 menarik ...kemudian dari raw jpeg kita adjust2 lagi kat photoshop..jadikan 3D ditambah dengan HD function...alamak..mengancammmmmm......

maklumlah.....hobi aku dah berubah...dari memancing....menceburi bidang radio amateur yang masih x habis lagi ( cita2 nak pasang antenna bulat ala parabola utk komunikasi dengan satelit...)...kemudian ke HD ( high definition) dengan LED TV.....kini aku menceburi bidang foto pula........

Aku tak kisah nak kata apa..pasal bidang abru aku nie....tengah mencari guru-guru yang sanggup mengajar aku........sambilaku belajar sendiri dari bahan bacaan yang aku dapat diinternet...kemudian aku shoot....aku masukkan dalam komputer...dan lihat dan analisa kesan sesuatu function pada gambar.... memang banyak benda nak lihat....

Ala ...yang penting minat.....janji aku buat keluarga aku suka..sebab tak merayau sangat2....dan menyimpan hasilgambar dalam komputer..dan sama-sama aku sekeluarga bincang pasal gamb ar.....bak kata pepatah..." dalam sekeping gambar terdapat 1001 cerita yang boleh di rungkaikan..."......aku rasa betul kata pepeatah itu...kalau dulu...semasa aku belajar....aku tak baca sangat isu2nya..tetapi aku tengok gambar dan huraiannya....dan aku dapat merangka...apakah isu yang sedang dibincangkan dalam bab itu..... entahlah...betul atau salah..sekurang-kurangnya aku tahu sedikit-sedikit...takkanlah orang nak cerita pasalkereta kemudian letak gambar kuching dan huraikan pasal kucing...he..he..he...

Thursday, 1 July 2010

F5X ea



Aku memang tak pandai berforex...apa yang aku buat adalah aku main-main aje...kali ini aku uji pula Robot F5X .....manatau menjadi....akan ku cuba menjadi seperti orang2 tu......sejarah menunjukkan yang mereka yang berjaya sehingga mencapai USD 1.8M dalam masa 18 bulan....entahlah...aku pun tak tau..namun aku cuba dengan F5X ini....adakah ianya mampu menjana wang dalam masa beberapa tahun...bulan...minggu...hari....memang aku x pandai berforex....maklumlah ...hanya mereka di forum sana sahaja yang pandai.....mereka memang mahir...aku hanya forex biler aku nak buat je....he..he.... namun aku nak tengok sejauh mana F5X ini berfungsi.....rupa2nya F5x ini berfungsi mengikut apakah sistem yang kita gunakan....bila dia kawin dnegan sistem A...hasilnya jadi begini....biladia kahwin dengan sistem B hasilnya begitu.....entahlah...malas aku nak fikirkan....yang penting...kalau ok je...aku simpan je EA ini.....buat menyibok je kat dunia forex..aku nak test dulu....sampai aku puashati....he..he...

Monday, 28 June 2010

Bercuti.....dan berhenti

Tajuk diatas amat berbeza makna Bercuti dan berhenti....bercuti adalah berehat..maksudnya sukahati kitalah nak berehat nak bercuti kemana-mana....ada yang kata saya cuti pun xx boleh...ha...ha....apa da halllllll..... sukahati akulah kalau aku nak bercuti.....nak ajak family ke...nak ajak sahabt ke....semuanya tiada kaitan dengan orang lain...itu kaitan diri sendiri..... entahlah...manusia sekarang nie....maka aku pun ambik tak kisah sangat pasal mereka...kau nak kata apa....KATALAH.... namun janji aku happy dengan family dan keluraga-keluarga lain.... kenapa mereka berkata begitu.... merekasebenarnya jenis orang yang hampa dan tiada wawasan... telah dikatakan diri sendiri kena berdisiplin..namun x juga buat... maka kini aku katakan sukahatilah..... percutian aku kini aku teruskan dengan idea-idea aku sendiri.... samada nak berforex atau tidak ...aku juga telah buat penilaian pada cara aku.....

Mengenai percutian..aku merangka nak meneruskan jihad aku kedunia lain pula... nape ye....sebab aku rasa pengajaran dan poembelajaran pasal forex kepada umum dah tamat...ini disebabkan ramai yang berjaya semuanya berdiam diri sahaja...biar mereka dikutuk ,,,dihina namun mereka tetap relax...aku pun berjihad macam tu juga.... ramai yang mengata...katalah sepuasnya... mulut tempayan takkan aku tutup ..he..he..he... aku kini denag menjalankan satu cara robot aku sendiri ...he..he kini adalah pencapaiannya 30% dari equiti... apa maksudnya... maksudnya setiap bulan profit akan dapat sehingga 30% dari equiti awal bulan....sebagai contoh...jika modal usd 1,000 maka ianya akan menjadi usd1300.... cukuplah...bukan aku yang buat tetapi robot aku yang buat.....kini robot aku jalan 24 jam...tak kira masa dan minggu dan bulan..namun baru je aku mulakan 25hb lepasdan kini 27hb...aku dah profit usd515 dari modal asal usd1700...apa aku nak buat dengan ea ini.... aku katakan aku nak uji sampai tahun 2012...macam cerita 2012....kalaulah betul..maka betullah... dan aku amat senang sekali....

Bagaimana dia berfungsi?.....sukahati akulah..nak kata apa.... ianya berfungsi sejajar dengan kehendak aku....apa yang aku sasarkan adalah 30% dari equity.... bermakna dalam sebulan lagi aku akan sasarkan dari 2215usd menjadi usd 2880 dengan profit usd664 ....cukuplah dan sasaran bulan seterusnya adalah.....dari 2880 menjadi usd3744 dengan profit usd864.....dan seterus...terus..terus.... nak buat apa aku dgn robot aku.... aku akan uji sendiri dan sendiri....dan lepas ini aku simpan je...

oklah..aku malas nak cerita pasal robot..namun jika sehingga disember 2010 ini lepas aje....maka robot aku yang amat simple ini akan kuanggap berjaya......

arghhhh lupakan robot tu....kini maksud berhenti....stop....itulah maknanya....berhentilah aku dari mengajar orang dengan segala sistem ....aku nak berehat..dah lama aku mengajar orang....yang berjaya..bagus....yang tak berjaya...kena fikirlah sendiri.....aku dah berhenti mengajar dan diajar.... ramai orang kat sana yang kata terror....dia mungkin bisa mengajar..... carilah..macam yang ada kat kluar sana ajar sampai ribu-ribu ringgit.... belajarlah kat sana.... saya dah berhenti mengajar....kerana mereka2 yang ingin mendalami menjadi lebih pro akan berdiam diri dan muhasabah diri.... dulu masa tadika kita menangis...ambil spm kita berborak...masa diploma masih merayau..ambil ijazah kita dah mula beri tumpuan...maka kini nak jadi pro kena lah duduk diam2....betulkan...ha..ha..ha..

kini aku dah tunaikan semua tugasan aku...memberikan sistem..memberikan tips.....memberikan rahsia...semua sudah..sekarang tiba masanya aku PENCEN mengajar....aku nak niaga sendiri dan tumpukan sendiri....bagi aku ..aku nasihatkan pada yang masih nak belajar....bacalah sebnayak mungkin sistem anda...mendalami...dan buat kajian......jangan tanya saya lagi..sebab ramai sifu-sifu disana....tanyakan mereka.....nak jumpa saya pun tanya lain dari forex sebab saya dah tutup hati nak mengajar pasal forex....wasalam....

Sunday, 27 June 2010

sekadar renungan diri sendiri.....

..."....berapa dosa kau buat ...berapa kali maksiat...ingat2 lah hari akhirat...." .. alangkah merdu suaranya.....sama-sama lah kita ingat diri kita sebelum terlambat.... sama2 kita menghayatinya,,,

Wednesday, 23 June 2010

Kenapa .... Mengapa.....

Saya sering ditanyakan sesuatu pasal forex...terutama mereka yang gagal setelah menggunakan beberapa sistem dari luar sana.... mereka bertanya kenapa asyik rugi sahaja menggunakan sistem2 yang ada diluar sana....

Saya ingin jelaskan satu persatu....dalam forex ini banyak benda kena diperhatikan dan dipertontonkan.Kegagalan dalam forex bukanlah suatu perkara luarbiasa....ianya menjadi lumrah alam....ingat ramai berkata yang 95% trader gagal.....memang betul dan tidak dapat dinafikan..mereka memang gagal...mengapa????

Kegagalan mereka adalah disebabkan diri mereka sendiri... mereka memasuki dunia forex yang mencabar dengan tangan kosong... belajar tanpa guru adalah merbahaya... jumpalah seseorang yang tau mengajar dengan betul ... mengajar mengikut dan cara yang betul.... namun seperti yang kita tau..... dalam satu kelas..jika gurunya seornag pendidik yang terbaik...tak semua pelajar dapat mengikuti dan memahami 100% ajaran guru sebab dalam diri pelajar ada DISIPLIN dan PRINSIP pelajar tersebut samada selari dengan ajaran atau bertentangan dengan ajaran gurunya....

selain itu kegagalan dalam forex disebabkan trader sendiri terkapai-kapai dalam menentukan hala tuju mereka untuk maju dan sentiasa mengharapkan sesuatu disuapkan ke mulut mereka...mereka lebih gemar teori berbanding praktikal....namun biula mereka membuat prakrikal maka apa yang dipraktikkan hancur....itu juga berlaku dalam akaun live/ real...dimana mereka akan kehancuran disebabkan mereka tidak mendapat pendidikan yang cukup.... ok kita sambung nanti di post lain...

Tuesday, 22 June 2010

Ilmu Keagamaan......sama-samalah kita mencari kekhusukan dalam solat

Dengan nama ALLAH....aku pun mulakan bicara lagi..tapi kali ini kita berbicara kekyusukan dalam solat...aku menemui e book ini dan aku pun rasa bagus kalau kita berkongsi penemuan..sesekali kita kembali kepada diri kita.....dekati padaNya...apakah selamaini solat kita benar....dan yakin dengan doa kita padaNya...
belajar mendapat sholat yang Khusyu

Sunday, 20 June 2010

selamat Hari Bapa...kini kau dalam kenangan......




Ku ucapkan Selamat Hari Bapa kepada rakan2 yang masih empunya Bapa...hargailah mereka...bagi ku...kini hanya tinggal kenangan....Arwah telah kembali menghadapNya...takkan ku lupa jasa-jasa beliau semasa ku masih kecil lagi... kini rerakan dikampung juga telah hijrah ke bandar ...mengikut haluan masing-masing.... kini desaku sunyi seketika ......sekalung ALFATIHAH untuk arwah bapa ku.....dan arwah2 bapa yang lain yang telah pergi dahulu....alfatihah...amin

Pulau Tioman.....pulau yang indah....







Memang tak dapat dielakkan bahawa pulau tioman merupakan pulau yang indah....seindah ketenangan nya...air yang jernih dan suasana yang damai menarik perhatian pelancong...begitulah tioman .....banyak kenangan berlaku disana....


Beri makan ikan.......berenang sana-sini....namun kini dah tak banyak ikan besar2...nape yek?......

Saturday, 5 June 2010

Thanks atas kejayaan anda......


inilah namanya perjuangan sejati...tanpa memikirkan negatif..sentiasa berfikiran positif...maju dan maju......demi diri sendiri.....

DRAIN ThE bANk


itulah ynag dikatakan bila aku test...dRain the bank...denganh faktor "XXXXX".... sukahati kaulah yang rasa-rasa malas dan komen macam-macam...kalau dah tawar hati guna sendirilah.... mlm tadi pak hendry sahabat aku call aku.........dia kata dia dah banyak collect....collect apa?...aku tersenyum...

Kini aku akan memantapkan teori aku...apa kata kalau usd1,000 seminggu jadi usd5,000 ...boleh ke...dan hanya 10 minit dengan komputer je....agak2 macamana...aku pun kena cuba....

aku pun kena bangun dari tidur...bagi mereka orang lain sudahlah...aku ada cara ku....nampak mudah dan nampak simple tetapi apa yang penting adalah keyakinan diri

KE TIOMAN.........NAK BEREHAT......SAMA ANAK2 DAN FAMILY............TIME UNTUK BEREHAT.....

Thursday, 3 June 2010

IKOFX....Terima kasih.....


Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih pada IB Ikofx Malaysia iaiatu saudara Arizuan..... apa taknya....dia dengan usaha dan daya nya telah memberikan T shirt yang ikofx janjikan dahulku...

Aku baru je balik ke rumah...dan mendapat ...satu sampul post laju...hai...terkejut aku pada isikandungnya..... sehelai baju kenangan dari IKofx... aku tak salah kan sesiapa...aku cuma ingin mengucapkan TERIMA KASIH pada IKOFX malay..... ialah...orang memberi...kita kenalah ucapkan terima kasih..sebab atas keikhlasan beliau..... kalau diikutkan memang aku ada cerita pasal baju di post yang lepas...aku cerita atas pengalaman...namun aku juga memuji sikap Saudara Arizuan yang masih ingat akan baju tu...di sini aku paparkan baju tu...bukan apa...sekadar ingin menyatakan yang memang cantik baju tu dan kualiti kainnya pun ada class....

Alhamdulillah ...mungkin selepas ini ikofx akan terus maju...baiki kelemahan dan tingkatkan usaha..aku tak membenci dan ingin menyatakan buruk seseorang atauy syarikat tetapi aku menyatakan apa yang aku alami....begitu juga... setiap orang ada kelemahannnya dan kita akan terus berusaha menjadi yang terbaik dari yang terbaik....

Oh..ya......kalau kita lihat persaingan semakin kuat dalam dunia forex di Malaysia.....namun berapa ramai yang berusaha nak maju dan bertrading dengan ada pendidikan?.....usahalah.....

* aku nak datang juga jamuan ikofx.....tapi...... aku .....banyak....komitment.....yah...anda bagaimana?????