( Ini adalah blog aku.....apa nak aku tulis....aku tulis sahaja.... bagi yang ingin membaca ...sila teruskan....bagi yang tidak suka.... boleh blahhhh.. )

Tuesday 11 May 2010

Sama-sama mendoakan kesejahteraan beliau,,,


Sungguh terkejut aku mendengarkan rakan satu ham aku yang sedang menderita kesakitan di hospital Rahimah Klang.... Belaiu yang amat periang... 9W2KMT yang aku kenali sebagai Mohd Fadzlullah Bin Taifor@taipur atau lebih mudah " Kang Mat"....kini sedang betul-betul diduga olehNya....

berikut adalah sedutan dari petikan sahabatku yang lain, 9W2JEN yang mengulas pasal keadaan 9W2KMT
" ....Monday, May 10, 2010
9W2KMT di Hospital Kelang..

Salam semua....saya mengharapkan rakan yang membaca atau mengikuti blog saya agar dapat mendoakan kesihatan rakan saya 9W2KMT lebih dikenali dgn Kang Mat atau nama sebenarnya Mohammad Fadlullah bin Taifor yang sedang terlantar sakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang

Menurut anakanda sulong beliau,kang mat mula menunjukkan tanda tidak sihat bemula ahad lepas apabila tidak tidur malam bermula hari ahad lepas.beliau terpaksa tidur secara duduk dan pada selasa yg lepas,rakan beliau membawanya ke hospital untuk rawatan susulan.Dr mulanya mensyakki beliau menghidap H1N1,namun setelah pemeriksaan rapi dijalankan didapati beliau menghadapi masalah kronik pada jantung.

Pada Khamis lepas,apabila ketandas dan ditemani dgn anakanda sulong beliau,kang mat terjatuh didalam bilik air ketika hendak menunaikan hajat,mujur anakandanya yang menemani beliau menyedari keadaan kang mat yg terlalu lama didalam bilik air.Dr terus memberikan Kang mat ubat pelali utk merehatkan beliau.

Ketika saya melawat beliau ptg tadi,beliau masih belum sedarkan diri mungkin kesan dari ubat yg diberikan.Beliau tadi telah dipindahkan dari wad 8B ke icu utk rawatan yg lebih rapi.

Saya mengharapkan semua rakan yg mengikuti blog saya samaada mengenali beliau atau tidak dapat sama2 mendoakan keshatan utk beliau.... "


Ulasan: Aku doakan agar kau sahabatku...9W2KMT......segera sembuh...Ya Allah...kau berikanlah petunjuk kepada ku dan sahabatku Mohd Fadzulllah ...semoga kau memberikan kesembohan dari segala dugaan yang telah kau berikanpadanya...amin....

1 comment: