( Ini adalah blog aku.....apa nak aku tulis....aku tulis sahaja.... bagi yang ingin membaca ...sila teruskan....bagi yang tidak suka.... boleh blahhhh.. )

Thursday, 11 November 2010

yeah...lama aku tak ke blog aku......

lama...cukup lama aku tak menulis ke blog aku ini...maklumlah sibuk sedikit....... macam2 cerita.... apa kata kalau kita berbicara pasal kamera ...ya dulu aku ada cakap pasal kamera.....jadi nanti aku nak shoot gambar2 baik dan paparkan satu demi satu kat sini...tapi aku pun bukan pandai sangat pun..hanya sekadar mengisi masa lapang......ok kita ketemu di paparan akan datang......

Monday, 25 October 2010

pening--pening....

Beginilah adat bekerja....biler staff ada yang tak ikut arahan.... lain disuruh lain dibuat......aku arahkan buat formulasi A...yang dia pandai2 buat formulasi B.....dahlah gitu...biler aku suruh keluar...maksud aku keluar g supermarketlah ..tengok produk pesaing....sebenarnya bagus keluar nie...sekurang-kurangnya hilang tension.....betulll...release semuanya....dan idea bukanada dalam bilik...ianya adakat luar sana..... biler suruh kuar....dia malas....macam2 alasan...akhirnya idea x ada.... gitulah....budaya kerja sesetengah orang kalau dah malas dan asyik memikirkan hal sendiri bukannya secara team....

Pekerja tersebut akhirnya aku beri warning dan sekiranya berlaku lagi bulan depan aku akan ambil tindakan disiplin.....bukan apa...kita nak ajar dia bekerja sambil santai....relax...enjoy..jalan2 cari makan.....dia x hendak...macamana.....

kisah pertama aku utara kan diatas adalah sebagai pandangan seorang ketua pada anak buahnya.... nanti aku pulak berfikiran sebagai pekerja kepada satu bos yang lebih tinggi...

Sunday, 24 October 2010

Bulan dan Bintang.....

Forex tidak pernah menjanjikan Bulan dan bIntang dalam kehidupan seseorang. Aku nasihat sebegini kerana ramai yang ingin kaya dan cepat kaya dalam forex. Apa yang aku dapat katakan ianya adalah sesuatu seperti aliran sungai yang kamu tak dapat menghalang alirannnya sekiranya menggunakan 10 jari tanpa usaha.....

Pada saat ini dan pada detik ini aku akan mendiamkan diri untuk tidak berbicara dalam forex. Nasihat aku.... forex ini berrisiko dan akan berisiko.... Jadi aku tak akan berbicara lagi tentang forex dalam post akan datang bermula bulan depan..... aku nak mengubah lagi blog ini agar lebih santai......dengan keilmuan yang lebih baik......No Forex .....tiada forex lagi dalamblog ini seterusnya....mari kita berbicara dalam hal- hal lain...... anggap sahaja post2 yang ada sebelum ini sebagai ilmu pengetahuan sahaja..... Selamat berjaya dan berjaya.....aminnnnnnnnnnnn

Thursday, 21 October 2010

apakah menjadi kenyataan>>>...aku pun tak pasti......

Seandainya aku merangka begini dan urusan demo aku telah lengkap...

Modal : Usd 1,000
duration : 20 hari....jika 2 hari dah jadi 3 ribu bermakna di kali 3 lah.....dengan 20 hari / 2 hari ada 10 kali......

pertama : 1000 x 3 = 3,000
kedua : 3,000 x 3 = 9,000
ketiga : 9,000 x 3 = 27,000
keempat : 27,000 x 3 = 71,000
kelima : 71k x 3 = 213K
keenam : 213 x 3 = 639k
dan.....seterusnya..... apakah boleh menjadi kenyataan sku nsk cubs bulsn drpan...pengalaman 30 demo jadikan 1K ke 1 juta

Mungkin inilah rahsianya.......

Wednesday, 20 October 2010

ujian kali ke 26.....semuanya berjaya dari usd 1k kepada usd 3k


dengan template yang aku tunjuk di bwah tu...aku kali ini telah memasuki kali ke 26... semuanya aku berjaya lakukan tanpa ada floating dan gagal...
aku mengubah angka daru usd 1,000 menjadi usd 3,000 dalam masa 2 hari sahaja...tanpa ada floating...
maksud aku sejak 2.5 bulan lepas aku buat benda ini sampai sekarang...setiap 3 hari (sasaran aku) aku mesti gandakan usd1,000 jadi 3,000 tapi biasanya hanya 2 hari dah capai target...lepas tu aku bukak akaun demo semula denmgan modal usd 1,000 dan ulang lagi...untuk capai jadi 3,000...begitulah seterusnya......

Apa aku buat ..setelah cyukup usd 3,000 dalam masa 2 hari..aku sebenarnya target 3 hari.... aku buka akaun demo semula untuk uji lagi dengan modal usd 1,000

aku kena lakukan sebanyak 30 kali baru aku rasa puas..namun kali ini aku buat pulak modal usd 10,000 tapi baru 2 hari dah ada profit kat usd 1900....baru bebrapa jam sahaja...hari ini aku masuk sebanyak 44 kali..semuanya win.....

aku kena latih diri aku lagi sebanyak 30 kali....maka cukup haul...teknik baru aku.... sclaping merdekarama......

SOP (Std. OPrtn Procde)
a. 30 ujian DEMO dengan matlamat USD1K jadi usd3K dalam masa 3 hari.
b. 30 Ujian lot kecil ( 0.01 ) dengan sasaran 100% win selama 3 hari setiap ujian.
c. 10 ujian lot sederhana ( 0.10) dengn sasaran 100% win selama 3 hari setiap ujian.
d. 10 ujian lot besar (10.00) selama 3 hari setiap ujian dan 100% win.
e. Penetapan dan memproses teknik Sclaping Merdekarama.

nie dia template aku.....


kau orang carilah settingnya..aku malas nak ajar...ini pun aku murah hati beri idea ...template aku nie....

Monday, 18 October 2010

mungkin analisa ini ada betulnya....


NO COMMENT......

Friday, 15 October 2010

Biler ada yang marah.....




apalah punya orang...siap marah-marah kerana tak mengajar cara aku trading ini pada mereka,....ada yang kata kedekutlah...mau makan soranglah...entahlah...aku pun tak tau....kalau aku kata aku mengajar berbayar....mnereka kata mana boleh...ilmu tu hak Allah...mesti percuma....habius tu...yang kau orang belajar kat sekolah percuma ke???kerajaan bayar gaji kat cikgu pakai apa....dah lah gitu...bukan semestinya kau dapat nombor 1 pun.....ada kala tergolek sebab malas buat latihan.....ha..ha...yang kau belajar kat sekolah memandu kereta tu....free ke???....entahlah..macam2 alasan...ada yang kata ...tak apa kita godak2....lama2 dapat freelah....ha..ha...aku tersenyum seorang......

Thursday, 7 October 2010

post akan di padammmmm

saya akan memadam semua post mengenai cara trading scalping saya....pada esok hari....tiada apa-apa tujuan hanya sekadar mengurangkan beban blog ini sahaja....amin

4 jam berlalu.......

----------- delete-----------------

ok..aku kepenatan dan malas nak trde..akhirnya buka juga lot kecik2.....dan main.....hasilnya sebeginilah...4 jam yang merelaxkan

Wednesday, 6 October 2010

kalau nak kaji----kajilah....

-------------- delete--------------

ini adalah cara aku trade 2 hari ini melepas geram sangat.....dalam masa 2 hari je ..semalam dan hari ini....ok ..aku katakan modal aku adalah usd 5542.00 dan dalam masa 2 hari ..aku rembat kat profit usd 9,440 (RM 33,040)...esok aku withdrawlah.....

Ramai nak kaji...kajilah..aku buka sikit cara aku open...dan lihatlah....aku malas nak cerita...nanti macam-macam cerita......selamat mengkaji......

Wednesday, 29 September 2010

kemana nak pergi????


setelah sekian lama menuju arah trendyang betul..maka ianya akan meneruskannya sepuashatinya

Tuesday, 28 September 2010

Teknik scalping baru.......


setealh bertungkus lumus mendapatkan idea...maka kau pun kini menemui satu teknik baru gambungan 2 indi sahaja.....hanya melihat pada satu timeframe....dan selama 2 minggu aku buat testing ...tiada float langsung....cukup mudah......hanya 2 indicator ...yang mana aku ambil dari universal indicator tetapi aku ada mod sikit untuk sesuai dengan teknik ini.....malam ini aku test lagi walaupun dengan akaun demo dahulu.....baru 2 jam..... dah memberikan kesan yang bagus......

TEKNIK SCALPING ALA MERDEKARAMA.......masih mentah lagi umurnya...bel;um buat apa2 apa adjustment......aku tak kata ianya bagus ...tetapi setakat ini alhamdulillah.....

Friday, 17 September 2010

oklah...kita rehat dulu...kopi satu...


oklah...aku rehat dulu.....ada masa aku tulis lagi......malas nak menulis nie....ponat.....

Thursday, 16 September 2010

Hari Malaysia....Teknik Serampang Maut









malam tadi sambilberbual dengan teman aku aku menguji satu teknik...Teknik Serampang Maut.... TMS.....dalammasa 2 jam berpuloh-puloh USD memasuki poket... kini aku uji dengan satu akaun aku disebuah broker yang terkenal.....

baru buka pagi tadi dah ada duit masuk....he...he...aku cuba buat seberapa banyak yang boleh...tapi aku tak hendak monitor di komputer sangat...teknik ini boleh digunakan untuk semua time frame...tapi aku cuba dahulu teknik ini dalam teknik scalping dahulu....aku mula tadi jam 5.30 pagi tadi....kita belasah dengan akaun real.... tak apa...rugi sikit...kalau fail...kalau berjaya..aku malas nak cerita...aku nak caari titik kelemahan teknik ini...walaupun aku ada bau itu titikkelemahannya....tapi tengok dulu...

Wednesday, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI...BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM...MAAF ZAHIR BATIN DARI SAYA SEKELUARGA.... SEMOGA KITA BERTEMU LAGI DIHARI YANG LAIN DAN MENYAMBUT KEMERIAHAN HARI RAYA DENGAN TENANG DAN AMAN DAN BERBAHAGIA SELALU......

WHA928.

Tuesday, 7 September 2010

MASIH MENCARI TEKNIK WINDOW MOBILE



aku masih mencari teknik mudah untuk window mobile....he..he..masih mentah lagi..aku perlu buat kajian dan latihan....yg ini akaun demo......

he..he... mengajar dan belajar

Tajuk ini pun bagus....ramai bertanya aku pasal nak belajar...he..he..aku dah tak menhajar...namun aku berikan lah satu cerita sebagai buat pandangan...

Pada satu hari disuatu masa....adalah seorang guru math mengajar di sebuah kampung. Dia memang mengajar mengikut sukatan pelajarannya...ialah dahulu mana ada sukatan yang tetap...maka Guru ini pun mengajar cara mengira yang betul...dibuatnya macam-macam cara untuk mengajar untuk anakmuridnya di sebuah sekolah. Diajarnya satu satu cara kira..diajar bagaimana nak mengira..disuruh menghafal sifir.... ramai anak murid mengikut guru ini..mereka belajar bersungguh-sungguh....maka berbulan-bulanlah..dan berminggu-minggu latihan diberikan...Guru ini memberikan banyak latihan..satu demi satu tanpa henti...

setelah sekian lama..maka sampailah hujung tahun...dan Guru ini pun ingin mengadakan peperiksaan .... ramai anak murid dah bersedia...maka bermulalah hari peperiksaan...maka termaktublah ada seorang anak murid yang degil....yang malas membuat latihan....minta menghafal sifir..dia tak mahu...minta membuat latihan dia rasa mengapa perlu buat latihan....maka bila peperiksaan dijalankan dia gagal...keputusan diumumkan..murid tersebut gagal..gagal dalam peperiksaan.... maka guru tersebut pun memanggil anak murid tersebut...ditanya kenapa dia gagal dan adakah membuat latihan yang mencukupi...maka dengan selamba sahaja murid tersebut pun menyatakan.. buat apa dan berapa banyak perlu membuat latihan....guru tersebut tersenyum...sampai bile?...jawab gfuru tersebut ..sampai kau lulus pelajaran inilah...selagi kau tak lulus..tak bolehlah berhenti membuat latihan...

Murid tersebut apabila mendengar guru itu berkata sampai lulus...maka melenting...dengan muka yang selamba dia menengking dan melontarkan kata-kata kepada gurunya....guru tak baguslah...guru tak bimbinglah....guru tak gunalah... dari seorang lembut dia memaki-hamun guru tersebut sebab tak lulus periksa.....tapi ramai anak murid yang berjaya dan bahagia dengan mendapat pengalaman baru kerana mereka berusaha dimana setiap kegagalan adalah langkah awal kejayaan... mereka tau bagaimana nak menggunakan formulasi-formulasi dengan cara yang betul dengan soalan yang diberikan..kalau perlu ditambah..mereka akan mencampurkan dan begitu juga biler soalan itu kata perlu ditolak..maka mereka tau bagaimana nak menolak....

Maka berdoalah guru tersebut semoga disedarkan akal fikiran anak muridnya....Sejak hari itu anak murid tersebut terus melontarkan kata-kata menghina pada gurunya... bukan guru tu tak bimbing..dia dah bimbinglah sebab tu guru tu suruh buat latihan dan mengkaji dan kaji...

Cerita diatas adalah satu pedoman yang kita sebenarnya sukar mempercayai seseorang walaupun kawan anda. sebab malas buat latihan maka disalahkan orang lain....dah lah gitu anak murid tersebut tidak sedar yang dia masih mentah lagi dalam dunia matapeljaran ini.....

Cerita ini adalah pengajaran dan pedoman bagi insan yang masih kecewa dan perlu kan satu anjakan paradigma...

CERITA DIATAS TIADA KENA MENGENA SAMADA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MATI DAN SEKIRANYA ADA IANYA ADALAH SECARA KEBETULAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN....

Tidak lama lagi...jumaat ini..jika nyawa kita berada di badan...kita masih dapat menyambut hari kemenangan ...hari yang menentukan kejayaan kita dalam mengharungi bulan puasa..menahan lapar dan dahaga demi Nya......

Langkah-langkah kemenangan ini.....pada malam hari raya juga memberikan satu lagi dugaan yang amat besar bila satu lagi mahluk tuhan dilepaskan...Syaitan...ianya dilepaskan dan maka mulalah merasuk dan mencari anak-anak Adam untuk di pengaruhi... pada lepas Maghrib malam raya..maka berkeliaranlah mahluk tuhan ini..dan kita akan nampak...pada masa itulah mereka-mereka yang imannya kurang kuat akan bergoncang.... mulalah melakukan maksiat sana-sini....dihati mereka terlepaslah bala puasa dan memasuki dunia hartabenda...entahlah...aku dimaklumkan guru aku yang kita sedasng diuji lagi pada malam raya....

Semoga kalian semua dapat menyambut Hri Kemenagna ini dengan kemenangan yang berubah.....ada dikatakan dalam radio seorang ustaz berucxap...masuk berdosa dan keluar pahla. maksudnya ..masuk bulan puasa dalam keadaan berdosa..dan keluar bulan puasa dalam keadaan jiwa tenanag dan berpahala...dan bukannya menjadi masuk berdosa keluar berdosa......semoga diperhatikan dan di renungkan....amin

SELAMAT HARI RAYA DAN MENYAMBUT KEMENANGAN DIHATI.......AMINNNNNNNNNNNNN

Monday, 6 September 2010

he..he....biasa aje

tajuk kali ini best...biasa aje....ramai yang bertanya pada saya...apa khabar?...saya jawab ....Biasa aje.........ramai pulayang kata macamana trade...saya jawab ...Biasa aje.... ramai yang ingin bertanyakan 99.9%...saya jawab biasa aje....

Bagi saya ...biasa aje....telah lama ku katakan aku tak huraikan lagi pasal 99.9% dan teknik yang aku guna....aku dah berhenti mengajar...jadi aku hanya nak paparkan dalam blog aku sahaja....kini ilmu tu aku didik pada isteri dan anak-anak aku aje....

ianya ....untukdapat ilmu kena berusahalah....dan ilmu tu hak Allah....aku setuju betullah.... tapi adakah kau berusaha ke arah itu....takkan nak ke arah aku...ke ARAH itu..itu..itu...maksud aku belajar....carilah buku-buku ...kena belilah..takkan nak dapat free....asyik free je....macam kat sebelah tu...kat situ banyak ilmu free..ilmu nak terbalikkan orang pun ada ..free aje..ilmu nak tutup akaun orang ..free aje...malaslah aku nak komen..itu kerja sengal....sengal....

kan aku dah kata aku tak ajar lagi....aku pun suruh kau jangan percaya..sebab nanti kau asyik nak bertanya kat aku...biarlah ianya aku huraikan sendiri...samada betul ke salah ke...aku pakai lot apa ke...itu aku buat sendiri.....aku dah stop mengajar...sebab apa...sebab aku nak cara aku sekarang...bagi aku mengajar forex secara percuma di Malaysia nie susah sedikit...nak buat buku rujukan lagi susah disebabkan sikap manusia-manusia murahan....orang nak maju sikit tak boleh..dahlah kita buat untuk didik orang...memanglah sedikit demi sedikit...tapi dek kerana yang jenis ANTI....tupai...(Tau tupai....suka menebuk aje....menampal tak mau...jenis merosak aje...membantu tak mau...) maka patutlah sehingga kini ramai sifu-sifu tak buat cetakan ilmu....

Ah....bagus jugalah...sebab itulah aku sedar manusia-manusia di Malaysia berbeza...kalau kita merantau ramai yang buat forex..tetapi bantuan mereka mengalahkan semua orang...bayangkanlah..ada satu broker di Indonesia ( yang di lesenkan dengan pemerintah)....deposit USD10K....banyakkan..tetapi bile ditanya daily dapat berapa...dia jawap sekurang-kurangnnya USD 1K....jadi kalau gitu 10 hari dah settlelah....betul...aku pun tengok akaun ( hampir 45 akaun) dia tunjukkan kat aku..semuanya profit.....apakah sistem dia pakai?....aku pun bertanya...dia jawap dengan ikhlas,,dan tunjukkan kat aku cara dia buat....baru aku tau...patutlah berjaya..sebab dia pakai sistem XXXXXX ( sistem dia tu aku tengok biasa aje tetapi rupanya ada makna)......jadi aku tak hairanlah berjaya dan berjaya....

itu lah mereka yang berkerjasama..sedangkan kita asyik macam ini sahaja.....BIASA AJE...

Sunday, 5 September 2010

99.9% ketepatan.....


satu kajian...hampir seminggu aku buat backtest secara manual....aku tak suka pakai robot sebab kalau buat test dia berbeza dengan manual....back test robot akan mengambil data yang kita setkan...yang bahayanya data candlestick tu yang berbeza...bukan data live... tu sebab guna ea dan manual berbeza...

Apa aku buat aku buka akaun real aku..dan backtest datanya secara manual...sebab dia duduk dalam platform live maka aku tak risaulah sebab ianya akaun live...

sehingga kini aku dah back test sebanyak 13 kali untuk 3 bulan kebelakang...aku backtest ulang-ulang untuk cari keteptan....akhirnya aku bersetuju dengan data aku....setakat inilah....

aku pun tak suruh kau orang percaya..sebab aku hampir tak percaya....tapi aku test tu 24 jam sehari selama 3 bulan...dan aku ulang lagi sebanyak 13 kali....maka aku rasa betullah...
apakah rahsianya..... jawapannya keyakinan dan ketepatan indicator dan apa yang perlu dilakukan.....apa taknya modal asal pun hanya 17 ribu duit kita...3 bulan dah ada 3 juta......dan kau orang tentu hairankan...itu 24 jam..mata depan komputer....kalaulah kita ambik 8 jam aje berapa?......ada RM 1 juta.....8 jam sama dengan kita kerje kat pejabat 8 jam... kalau kita ambik 4 jam cukuplah....8 mlm- 12 malam...maka kita kan dapat RM 500 ribu...banyak tu......puratalah...senang cerita aku katakan...berfikiranlah secara waras....modal 17 ribu Ringgit malaysia...dalam 3 bulan menjadi RM500 ribu.....ada berani ka....ka..ka...ka.,.....

kini aku nak analisa 6 bulan kebelakang dengan data live/real....sebab itu data sebenar...

sekian...selamat menjamu mata....nak beli apa ye 3 bulan lagi???????? Tepok Dada Tanya Selera......

Friday, 3 September 2010

NFP...aku tak ambil bahagian...letih sangat...nak rehat..





Sehingga hari ini pun tak banyak ..dalam market sideway tghari tadi dapatlah sekitar usd 77.50 ( RM 269.00 )..cukuplah..itu market sideway tuuuuuu...NFP..aku tak sempat layan......bukan rezeki....aku pun close komputer...minggu depan gali lagi....

Thursday, 2 September 2010

2 hb sept..bulan puasa...mlm jumaat



entahlah..tiba-tiba aku terasa seperti dapat lailatul Qadar....alhamdulillah segala urusanku di permudahkan olehNya...adalah sikit aku dapat USD 208 ( RM724.00 )... masa trade antara jam 5.00 hingga 7 malam diikuti jam 7.30 hingga jam 8.20...cukup kan....untuk beli air soya utk minum...oklah wasalam...

Nasihat aku....berusahalah..dan paparan yang ada disini bukan nak menunjuk tetapi nak memberikan semangat pada yang gagal dan ingin berusaha...belajar dan belajar..walaupun terpaksa membayar 5 ribu untuk satu krusus...sebab quality mata pelajarannya amat penting...berfikiran trader dan bukan main2....semoga di fahami...Bukan untuk dibincangkan...amin

Wednesday, 1 September 2010

duit demam....



Dalam demam-demam aku trade juga malam ini antara jam8.30 hingga 10 malam ...cukuplah dah terkumpul USD 208 ( RM 748.80 )..sapa nak berikan...oklah..selamat berjuang.....

lepas ini..aku tak tunjuk apa-apa lagi hanya graf sahaja...

belajar FOREX

BIler aku ingatkan ...ramai yang menyatakan tak pandai berforex....ramai yang menyatakan nak berforex sebab nak kaya....ramai yang menyatakan forex betul-betul...namun sedr tak forex tu bagai mulut buaya...kita perlu mencelah-celah diantara giginya baru selamat...kalau tak kena ngap!!!!!!!

aku dapati..ramai yang nak berforex...disuruh main demo..dia kata sudah...dah berbulan tuan saya berdemo...tapi tak jadi juga main real....jawapan aku mudah aje...apayang kau orang dapat dari berdemo..maksud aku apa yang kau orang dapat pengajaran dari situ?...demo anda berjaya tak?....dah dapat ke teknik kau orang masa demo?...daemo kau orang menguntungkan tak?..kalau rugi buat apa main demo.....kalau macam asal je teknik kau orang macam sebelum demo buat apa berdemo..buang masa aje...

ini aku cakap melalui pengalaman....dah berbulan anda berdemo..asyik asyik macam asal sebelum anda berdemo...baik tak payah anda berdemo....seorang sahabat saya ..masa demo dia pun dia buat catatan..dan cuba mendapatkan keuntongan....

Selain itu...modal....kalau anda modal besar tak apa..berjuta-juta...tapi kita mana ada modal besar begitu...yang kita ada ala-ala modal je....kalau aku kata modal USD 5K pun bukanlah modal yang besar...itu kecik je....apatah lagi kalau modal USD 50.... amat jarang sekali berlaku keajaiban.....ada memang ada tetapi jarang....iaiatu modal kecil menjadi sederhana dan menjadi besar dan berjaya...malah ramai yang gagal...bayangkan ada 2 benda iaiatu 95% trader gagal....tak kira modal besar atau kecil...kedua...modal kecil pun mudah gagal..aku boleh nyatakan ianya hampir 90%...malah mungkin lebih dari itu...dan selebihnya dengan modal kecil dan ada sistem ..ianya berjaya...kenapa mereka berjaya..mudah je...mereka ada disiplin dan cara yang sesuai untuk digunakan...mereka telah jumpa cara itu....kau orang perlu sedar..bukan semua orang boleh berjaya dengan sistem orang lain...sesuaikan diri....

aku kata krusus dan belajar forex tu penting...ada krusus yang semurah percuma...dan ada yang setinggi RM10 ribu.... namun apakah kualiti yang boleh kita dapati antara percuma dengan RM10 ribu....anda fikir2kanlah...kalau percuma memang ramai yang gagal tetapi ada juga yang berjaya...peratus gagal amat besar berbanding berjaya..tak percaya..tanya sekitar anda..berapa banyak rakan kau orang yang gagal..dan kat mana mereka belajar.....namun yang mahal bayarannya sudah tentu ramai yang berjaya berbanding gagal..sebab apa..mereka diajar oleh orang tertentu..yang mengajar ini pun bukan calang orang....kau orang perluingat...untuk dapat gaji besar dalam alam perkerjaan anda perlu dapat sijil besar...kalau setakat upsr..atau anugerah sijil percuma..anda boleh dapat pangkat tinggi ke...berfikiran korporat ke...dan akhirnya dapat gaji besar ke....memang PEDAS aku tulis kali ini...bukan apa..aku nak sedarkan sahabta semua...janganlah kerana krusus RM 2500 atau krusus RM3000 itu membuat anda rasa beban sehinggakan mana patut...ingat di sana ada nyatakan..."Sharing is caring"......sebenarnya apa yang disharekan?...mereka share kan kegagalan...anda bacalah..ramai newbie terperangkap method, teknik sana -sini..ramai yang gagal..dan akhirnya mereka mencari sistem2 lain..tak percaya..anda baca satu persatu...asyik2 orang itu juga test sana...test sini ...download sana..download sini....inilah tanda2 mereka masih mencari-cari sistem dan asyik tak kena aje......

maka aku dapat simpulkan..berberlanjalah sedikit atau banyak untuk anda belajar dari ornag tertentu...ingat pesan saya cari pengajar yang trade bukan pengajar yang mengajar....FAHAM ke....pengajar ini ada 2 jenis..Pengajar Trader ( trader yang mengajar) dan Pengajar Gaji ( Pengajar yang dibayar gaji).....carilah krusus walaupun beribu-ribu....tetapi berisi...

aku sendiri belajar dari bawah...dari percuma..kekrusus yang kecil..sederhana dan mahal2....kat sini memang banyak bezanya isi kandungan pelajaran mereka...aku tak akan ceritakan apa bezanya antara krusus mahal dengan yang murahan dan percuma kecuali kau orang tanya aku sendiri dengan niat yang betul.... memang berbeza..dan aku ada buat analisa..patutlah krusus tu mahal disebabkan isikandung nya yang berbeza dan betul sebagai pemikiran seorang trader....

Sekianlah...aku coretkan..memang pedas...memang sakit tetapi itulah teguran aku,,kalau nak berjaya dan terpulanglah pada kau orang bagaimana nak buat...aku dah alami dunia tu..aku dah ceritakan...sebab aku kesian tengok kau orang asyik rugi je... dan aku pun tak berikan percuma ilmu aku kerana kau orang akan rasa ianya nilai ilmu percuma sebab aku perlu jaga agar setiap pelajaran di angkat tinggi... tapi kini aku tak mengajar...kau carilah orang lain tapi ikut nasihat aku....

sept....aku demam


letih..dan penat....dan cuaca tak menentu...badan aku pun demam...suhu panas...dan selsema pun datang...habis sekotak tisu...selsema bulan puasa ini meltihkan....sebab lagi banyk deydration berlaku walaupun dalam bentuk selsema...badan akan kurang air...
dalam penat dan letih..aku pun scalping....tak pakai robot...sempatlah dalam 3 jam aku scalping dari jam 2 tadi hingga 5....time aku terjaga...dapatlah usd 108 ( RM 388.00 )....oklah target pun sebegitu daily....

Tuesday, 31 August 2010

merdeka.........



tak banyakj juga aku trade hari ini...ini disebabkan banyak kerje-kerje rumah aku nak buat..tapi kerana sistem yang aku yakin maka ...alhamdulillah ...adalah sekitar USD 130.46 ( RM 469.656 )...ala buat beli baju raya...t-shirt je....

Sediakan Payung sebelum Hujan


Itulah pepatah orang tua....bagi sahabat semua..anda kini di sediakan satu perlindungan kemalangan dan kecelakaan . Pergilah ke Pejabat pos Malaysia....isi nama dan bayar ...anda akan dilindungi sebanyak RM20 ribu untuk seorang dan semakxima 5 orang dalam pelan keluarga....

alahai.....kalau RM20 tu...bukannya banyak...beli daging lembu pun dah dekat RM18 sekilo...atau beli kepala ikan je dan dekat RM20 sekilo....ini sekadar untuk perlindungan untuk 15 hari.....

langkah2...anda g ke Pejabat pos dan berikan je kad penganalan untuk dia menaip dalam sistem...dan bayar RM 20 ....nanti anda akan dapat polisinya....Polisi besar akan dsimpan di Pejabt Pos.....mudahkan.....

Saturday, 28 August 2010



aku dapati ..kecoh di media indonesia pasal Infdonesia - Malaysia.....namun bagi aku di Medan...tiada apa-apa yang berlaku...keharmonian antara 2 negara kekal terjalin....malah sewaktu aku balik dan berada di Bandara Polonia...immegerisennya pun baik2 belaka malah sentiasa mmenghormati kita sebagai saudara...mereka tidak ada masalah dengan kita dan sering mengucapkan selamat pulang dan tibva ke KL...

Setibanya di KL aku terus menuju ke rumah...dah petang bebenor....nak berbuka di rumah.... sempat juga buka forex dan adalah sedikit open aku ambil...ala..tak banyak... sekitar usd 66 sahaja... ialah...sepatutnya berehat...tapi hendak masuk juga..... aku memang yakin dengan sistem aku...99.9% tepat ..maka aku pun masuklah..... ianya sentiasa close sahaja...Alhamdulillah.....

Friday, 27 August 2010

Medan , Indonesia


semalam aku tiba di Medan, Indonesia....berbuka puasa di hotel ....kemudiannya ke Mesjid Raya untuk Terawih....aku tiba jam 2 petang waktu indonesia.... kelewatan disebabkan Firefly yang delayed selama 2jam ...hampehhh betul... aku selalu naik air asia sebab waktu check innya tak masalah...tapi kali ini aku nak rasa naik Firefly pulak...macamana rasanya...first time naik je dah masa tertunda....2 jam pulak tu....patutlah ramai tak suka naik Firefly... baik aku pilih air asia lagi....

Dalam masa yang amat singkat ...setibanya aku dihotel...aku buka komputer...dan masuk orderlah....lepas tu tinggal je..komputer kat bilik..dan ke Mesjid Raya...

namun semalam tak banyak aku dapat..aku pulak tak hidupkan Turbo Killer ea aku....malas.... tapi oklah tak ada floating....sekadar usd 74.....he..he...lepasbeli baju raya kat sini...hari ini selepas meeting..aku balik Malaysia.....amin......

OOOOh ya...aku main scalping..tapi tinggal2kan komputer....setakat ini scalping aku 99.9% tepat.... oklah tu....yang balancenya aku close sendirilah.....

Wednesday, 25 August 2010

KEMBALI LAGI....






Seketika aku termenung melihat ruang waktu yang ada untuk berforex...akhirnya aku buat juga dan mencari cara baru aku,....SCALPING....ya/...ini cara baru scalping...

apa yang aku buat adalah mendapatkan trend dan mulalah menjala ikan iibarat menjala ikan besar pakai sonar.....cara scalping aku ada caranya...aku scalping enjoy aje....ramai yang kata kena 24 jam depan komputer...bagi aku tak juga.... ada masa tengok TV..sambil mendapat isarat dari alert indicator untuk masuk...mudah kannnnnnn

Sambil itu maka aku mula mencipta satu robot...aku panggil dia "9W2WHJ TURBO KILLER" ...napa aku panggil hitu..sebab setakat ini aku pakai relax je....semua hijau.....walaupun trend dan tak trend....aku ada juga buat backtest...dalam masa tertentu..tapi setakat sedikit masalah..sebab aku tak suka backtest by history sebab banyak lari..aku lebih suka test kat real..macam aku buat sekarang....

ea ini aku setkan masa tertentu...yang mana aku tak ada masa nak trade....katakan belah pagi sampai petang...dan malam aku trade manual...atau kalau aku nak trade...aku matikan ea dan tradelah...selama ini....ea aku beri pokok hijau...aku scalping pun hijau...alhamdulillah...... NOT FOR SALE..AND FOR SHARING......

Friday, 13 August 2010

jom sahur............... jom berbuka....



( ala...tengah test...sistem baru.....kalau dah ok....esok lusa ..belasah lot lagi besar.....he...he...)

sempat juga aku berjalan-jalan di pasar ramadhan...banyak sungguh kuih-muih dan lauk pauk....setiap pasangan dan pelanggan penuh dengan tangan kanan dan tangan kiri mereka menjinjing apa yang dibelinya......entahlah.....aku rasalah...kalau dikira mau..habis 40-50 ringgit ....bayangkanlah sehari 40 ringgit x 30 hari....dah jadi 1200 ringgit untuk belanja buka puasa...sedangkan pada bulan lain...mereka tak berbelanja banyak macam, tu..... tak apalah.......hak mereka.....

Thursday, 12 August 2010

syukur alhamdulillah......rezeki bulan puasa



dalam bulan puasa nie ...ramai yang berniaga....macam2 dia orang berniaga....oh ya....sempat juga aku trading dalam bulan puasa dan withdraw....

sempat withdraw....mula2 usd 300...kemudian usd 4000 kemudian usd 3970.....hari ini dah clear yang 3970 x 3.0 = RM11,910..... cukuplah setakat ini...untukminggu nie..yang 300usd pun dah clear awal minggu nie....

biler aku memikirkan keadaan macam ini...bagaimana rasanya orang yang selalu depo tetapi tak pernah w/draw... entahlah...aku pernah juga rasakan.....banyak juga nak kena study....

esok lusa aku cerita pasal juadah puasa pulak....nak bayar zakat dulu.....

Sunday, 8 August 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA--- IBADAH DIRI...


SECARA UMUMNYA DAN KHASNYA...AKU INGIN MEMOHON SEJUTA KEMAAFAN JIKA ADA TERSALAH BAHASA DAN TERKASAR BICARA PADA PEMBACA...SEMPENA MENYAMBUT BULAN PUASA INI....ADAKAH IANYA RAMADHAN KITA YANG TERAKHIR???..AKU PUN HANYA DAPAT BERDOA SEMOGA PEMBACA SEKALIAN DI AMPUNKAN DOSA DAN DI TETAPKAN IMAN ....MENGABDIKAN DIRI PADA TUHAN YANG MAHA ESA......

Friday, 30 July 2010

forex...

aku masih tidak hendak berbicar pasal forex kerana aku kini banyak tertumpu pada silent trader sahaja....tapi semalam lalu aku mendapat email dari seorang kawan rapat mengapa aku mengambil tindakan berikut kerana dia kini dah tak ada sesiapa nak mengajar...

aku tak mengajar dan aku lebih utamakan kepada cara trading baru aku sahaja. Terus terang aku katakan aku sedang develop dan sedang amalkan teknik baru aku... modal usd1000 ...tapi dapat w/draw tiap-tiap minggu usd 1000 juga....maksud aku setiap minggu 100% profit.. bagaimana aku buat...usah tanya dan usah nak minta... aku tak nak kaya tetapi sekurang-kurangnya amat bagus sekali... dengan hanya menumpukan masa selama 3 jam sahaja setiap hari dan 1 pair sahaja maka aku mampu buat teknik terbaru nie...

namun begitu MNTPOD pula ada teknik terbaru dikenali sebagai MNTPOD LIMITED...ianya akan berikan sejumlah 40 pip daily...tetap...dan lain bebenor dari yang MNTPOD asal...ini pun aku buat untuk aku sahaja... kini aku berkonsepkan "....kami kejar USD bukn Kejar PiP..."

Wednesday, 28 July 2010

TUGU KHATULISTIWA



TUGU KHATULISTIWA adalah satu tempat di Pontianak dimana ianya menunjukkan petanda kawasan Garisan Khatulistiwa...di sebelah akanan anak panah adalah Utara BUMI dan di selatan adalah Selatan BUMI..... aku cuba beri maklumat aje...tugu ini dibina oleh orang belanda...dan pada bulan XXX ( aku tak ingatlah....) dan jam 11.00 pagi...matahari akan berada dia ats kepala kita dan tiada bayang-bayang akan kelihatan...

gambar di bawah adalah bila ..aku melawat ladang Aloe Vera...300 ribu pokok ditanam..nanto;ah aku ceritakan satu persatu...

Wednesday, 14 July 2010

Suka dan tak suka

Kehidupan didunia.....macam2 ragam....kehidupan kita...kita yang tentukan...bukan sesiapa kecuali Dia yang Maha Esa.... dalam menjalar kehidupan...adakala cara hidup seseorang itu disukai oleh orang lain...namun adakalanya ianya juga tidak disukai orang lain.. bagi aku...samada ada mereka ini suka atau tidak suka..kehidupan sendiri berkeluarga aku yang tentukan.

Manusia mana yang sama sefahaman dengan orang lain... cuba lihat..PM kita...dulu kini dan akan datang..ada orang suka dan ada orang tak suka..inilah kebiasaannya disekitar kita...mengumpat...hasad dengki...menjadi amalan kehidupan....para pembaca juga dapat melihat sekitar ...adaaaaa sahaja mereka umpat di restoranlah ..di meja2 pejabatlah..semuanya berlaku...mencerita orang itu tak betul ..orang ini tak betul....aku berpendapat sebegini..sebenarnya orang yang asyik mengata dan mengumpat dan menyatakan orang lain tak betul adalah sebenarnya dirinya yang tak betul..sewel...jiwa kacau... itu pendapat aku... terpulanglah... kalaulah dia yang betul...cuba tunjukkan apa yang betulnya...beri dia peluang tunjukkan ....buatlah sesuatu dan kita ramai ramai tengok..berjaya tak ...selalu menang tak....kalau dia buat gagal sikit je..kita ramai-ramai kutuk dia tak betul..ha..ha..ha.. ADAaaaaaa Fahammmmmmmmmmm.....begitulah...

seringkali kita menghina dan mengaibkan orang lain macam kat forum sebelah sana.... padahal diri sendiri yang aib... sampai sekarang pun hanya habuk je... terutama orang-orang itu.... ada perubahan apa yang mereka buat..ada perkembangan apa yang mereka buat...tak adeeeeee.....jadi sapa yang aib dan tak betul....diri sendirilahhhh.

begitulah....amat mudah menghina dan mencari kesalahan diri orang lain..tetapi amat sukar menceritakan keaiban dan kelemahan diri....apa lagi nak menghina diri sendiri... itulah pesanan aku...

berbalik pada suka dan tak suka...dalam dunia ini...terutama bangsa-bangsa melayu...banyak sangatlah PHD nya..... aku jarang baca dan dengar bangsa-bangsa lain menyerang bangsaanya...tapi dalam dunia disekitar kita..asyik melayu je yang menyerang satu sama lain...adakah kerana sifat kita yang sering " menjaga tepi kain orang"....hingga terlupa " kuman diseberang kelihatan sedangkan gajah dimata hilang dari pandangan"....akhirnya " yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran".... cubalah ubah sikit kefahaman dan pemikiran kita...menjadi " sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit"...dan " belakang parang kalau diasash akan tajam juga akhirnya"..."bersusah-susah dahulu bersenag-senang kemudian"....itulah yang sepatutnya.... kini...aku dah lama dengan cara aku "BIaQ pI OranG nak KaTa"...... janji aku dnegan cara aku yang sebegini dan meneruskan kehidupan... bak kata seseorang..."Rezeki itu ditangan tuhan"....bagi aku kita perlu fokus sedikit pada ayat itu menjadi " rezeki itu ditangan tuhan tetapi tanpa usaha dan permintaan tuhan takkan beri"...faham ke?....ayat pertama menunjukkan statement bahawa memang rezeki itu ditangan tuhan...habis kita tau rezeki kat tangan dia...kalau kita tak minta ..agak2 tuhan nak berike? itulah makanya keluar ayat kedua... kena usaha dan mintak...barulah tuhan beri....

manusia sekeliling ku juga aku lihat amat sukar nak memohon dan minta dengan tuhan...bukan susah sangat pun..sembahyang je...doa je...tapi kenapa susah nak sembahyang..kalau susah nak semabhyang..maka susah nak doa...maka tuhan nak berike?....
Aku kadangkala berjalan-jalan...ada satu bangsa tu....ala selalukita jumpa..dia dengan coloknya ..pagi2 sembahyang cara dia..minta dengan gtuhan dia....minta kayalah..dan amcam2... adajuga dia minta...betulkan..

tetapi bangsa kita...suruh sembahyang liat sekali....sebenarnya nak minta dengan tuhan bukan susah pun... sambilkita berjalan..sambilmemandu kereta pun ...bacalah doa...mintalah dengan tuhan.....samada sampai atau lambat sampai atau diterima itu hak tuhan......doa je...tak tau bahasa arab..bahasa ibunda pun tak apa... kalaulah kita berdoa setiap pagi .." aku nak kaya raya tahun 2014".....agak2...apa terjadi pada tahun 2014....kaya ke kita...miskin ke kita....hidup lagi ke kkita.... kita semua tak tau...yang bezanya,,,jika kita hidup lagi pada tahun 2014...kita ada dua anggapan...mungkin tuhan benarkan kita kayaraya, harta sekitar alam...atau...kita kekal macam biasa je....tetapi pada masa itu kita dah ada 2 pilihan....tapi kalau kita tak berdoa....kita cuma ada 1 pilihan ...kekalmacam tu je.....jadi pilih yang mana?....bukan untuk dibincangkan ...hanya sekadar renungan....

Tuesday, 13 July 2010

antara "no Comment " dan "tak relevan"

sememangnya dua benda ini berbeza...no comment.....sampai sudut sana pulak kata ....tak relevan....kan gelak tu...

No comment...aku dapat katakan apabila sesuatu kerje kita dah selesai...kemudian ada orang mengatakan sesuatu....rumah dah siap ..pahat berbunyi....asyik cerita jual buku je...sendiri yang malas tak tau mengapa tak dibaiki...kini aku cakap pedas pulak.... memang dah lama aku tak cakap pedas... nak suap kemulut...asyik-asyik..kalau rugi je... menyalahkan orang lain...dalam diri empunya diri tak ada sedikit pun nak menyalahkan diri masing-masing....mengapa...jawapannya EGO....asyik ego dengan diri sendiri...tak nak memikirkan kejayaan diri ..hanya berfikiran negatif....begitulah jiwa-jiwa yang kecundang...jiwa-jiwa yang luka.... jiwa-jiwa yang hanya memikirkan kalau boleh suap sampai kemulut...tangan kotor kita kena basuhkan...perrrhhhhh.... macamana nak jadi rang berjaya... dah disuruh dan dinyatakan kaji-kaji---kaji....berbuih mulut guru besar tu cakap...kita pula..asyik kata salah gurulah..salah sekolahlah....macam kita belajar kat universiti....bila ada kelas ..datang...biler suruh beri tumpuan....otak merawang...bila buat amali...asyik tak faham..bukan salah pensyarah...dah graduate...bila tak dapat keje..kata U inix bagus...ada kata begitu ke?,,,,ada kata....krusus ini tak bagus...ada kata ke?....bukan salah Universiti.... dia tak oaksa kau daftar...kau yang minta mendaftar...kemudian dia ajar kau... kemudian dia ajar ilmu....tapi biler gagal je..salahkan U...habis tu yang berjaya...tak pulak salahkan U......malah bangga dengan U........ jadi kena fikir2kanlah.... NO COMMENT.....

Kini Tak relevan pula......cuba lihat pensyarah...dia bagi masa ...\cukup semester kau lulus ke atau kau gagal ke kau tetap naik semester..tapi kena ulang peljaran....dia ajar juga...tapi biler asyik ulang je..akhirnya U pun tendang....nape....tak relevanlah...kenapa orng lain ada yang berjaya...sedangkan kita gagal.....dah diajar konsep pun gagal jugak.....pensayarh tersebut pun takkan nak ajar dari pagi sampai kepetang..lepas nie ..orang nie..dari awal semester samapi hujung semester...dia pun dah nak pencen juga...silap2 dia pun nak cuba buat keje lain juga...maka tak relevanlah kalau seseorang tu asyik statik disana.... kalau dibayar gaji mungkin tak apa...dah nama sukarelawan...ajar mana yang dia sanggup.....macam kita beli kasut bola...beli ratus-ratus.... biler main bola..kadang-kala kita score..kadang-kla kita kena score....habis tu kenapa tak salahkan kedai yang jual kasut bola tu....kutuklah dia..jual kasut bola tetapi aku kena score pulak..... maka takkan sampai bertahun2 pakai kasut bola tu....sudah tentu tak relevan......sebab biler kita bersedia mencari ilmu...kita akan berusaha...biler gagal kenapa tak terima kenyataan...disuruh buat laporan ...tak buat...kata buat apa...ituy sebabnya ..kemalsan melebihi kerajinan....kenapa...sudah pasti ........TAK RELEVAN

Monday, 12 July 2010

Tiada lagi cerita umum pasal forex ..dah pencen

Kini bermula dahulu hari dan bermula minggu ini..aku tak akan bercerita lagi pasal forex dalam isu-isu semasa....bukan apa....aku dah pencen..namun masih ada yang meminta aku mengajar...aku dah pencen mengajar.....setakat ini sahaja....aku nak tumpukan kepada kajian-kajian aku yang mana aku rasa lebih utama...bersama keluarga...bersama kajian-kajian ...itu yang lebih utama....dan aku pernah katakan nak jadi silent trader...pada mereka yang faham dan tak faham...maksud akau....entahlah....aku dah maklumkan..... itu sahja yang aku nak katakan...esok ...bermulakah kajina \aku pasal camera........kamera.......kamara.....cam......aku nak belajar pasal shooting pulak.....he..he...

Friday, 9 July 2010

hari seterusnya....F6X (advanced)

kini aku dah close untuk hari ini dan minggu ini...dan seterusnya ..aku dah malas nak mengira....ok..secara resmi ..aku simpan dan simpan terus robot ini.....dalm lipatan sejarah forex...dan tiada kajian lagi..aku nak berehat...amin,,,,,,




PUSINGANNNNNNN KE EMPAT.......



Seandainya jika berterusan sebegini...aku hanya sasarkan 5% sahaja dari equiti...semalam dapat lebih dari 10%....maka cukuplah dengan 5% ..kalau 6 bulan...USD3.5 million... ( rm 12.25 juta ....amat menakutkan.....mengerikan sekali....)...entahlah ..akan aku uji satu persatu....




Pusingan ketiga.... Jangan ada BENCI......semua itu hak ALLAH.....



Pusingan kedua......





kita mulakan dengan jumlah ini dahulu...

Thursday, 8 July 2010

Robot tukar nama---- F6X (advanced)

APAKAH INI DINAMAKAN REZEKI?...APAKAH INI DINAMAKAN harta intelek...APAKAH NILAINYA ROBOT INI...ADAKAH PERCUMA ATAU HANYA CIBISAN WANG SAHAJA?.....NAMUN IANYA MASIH DIKAJI... LAGI BANYAK HARI DIUJI LAMA BERNILAI ROBOT INI......SEMALAM SEBULAN GAJI...HE..HE.....aku simpan je...sebagai lipatan sejarah forex aku....




MAU CARIEMAS KE?.....HE..HE...SEHINGGA MLM INI.....






TERKINIIIIIIIIII DAH BERAPA USD DIKUTIP YE....... USD12899 - 12557 = 342 DALAM BEBERAPA JAM JE....





kini robot ini bertukar nama....robot F6X (advanced)...dulu namanya targetpip....tapi asyik giler je jadi baik tukar ke robot F6X (advanced)....target hari i9ni disetkan usd100 tetapi dapat usd160...ok...aku nak set robot ini ke usd 300 sehari....tengokkan je...layaannnnnnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, 7 July 2010

TargetPip Ea


ini satu lagi ea.... ea nie giler -giler sikit.....aku pun malas cerita...ianya akan terus menjadi kajian dan menjadi koleksi aku juga....

dalam masa 24 jam ...dari USD 10k dapat profit \USD 2.557k ...maksudnya dah 25% dari equity...tu baru 24 jam.........d/down?......arghhhh biarlah.....simpan dan lipat aje ea nie...dalam almari forex aku....